Bola Sepak

Pihak polis berjaya tahan suspek simbah asid pada Faisal Halim

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes simbahan asid pada bintang pemain Selangor FC bola sepak dan pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Menurut laporan Berita Harian, suspek yang berusia 20 an itu berjaya mendapatkan perintah reman hari ini.
Kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal).

”Kita akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan'” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu media melaporkan, Faisal Halim diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid di sebuah pusat beli belah di Damansara semalam.

Penjaring Gol tercantik Piala Asia itu sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan dalam keadaan stabil. Faisal mengalami lencur di bahagian sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Artikle Berkaitan :>

Peminat bola sepak seluruh dunia puji kebangkitan skuad Harimau Malaya

(Visited 377 times, 9 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button