NasionalpilihanSukan

Suspek kedua kes simbah asid ditahan,  Faisal Halim dikatakan kritikal

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berjaya menahan seorang lagi suspek semalam berhubung kes serangan asid pada pemain bola sepak negara, Faisal Halim.

Menurut laporan BHOnline, Suspek dikatakan ditahan di Bandar Baru Bangi.

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an dan ditahan di Bandar Baru Bangi lewat petang semalam.

“Suspek akan di reman pada pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki berusia 2o-an berjaya ditahan berdasarkan motosikal yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Dalam perkembangan terbaru pemain bola sepak itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama semalam dan dikatakan dalam keadaan kritikal

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang turut memaklumkan pergerakan dan percakapan Faisal Halim ketika ini sedikit terjejas berikutan insiden disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Selepas pembedahan pertama, doktor pakar mengesan ia bukan melecur tahap dua tetapi tahap empat. Berdasarkan penilaian, Faisal akan melalui sekurang-kurangnya lagi dua pembedahan yang akan ditentukan doktor. Sekarang beliau masih di ICU (Unit Rawatan Rapi), sedang dipantau dengan rapi oleh pakar.

Artikle Berkaitan :>

Pihak polis berjaya tahan suspek simbah asid pada Faisal Halim

Faisal Halim selamat jalani pembedahan empat jam

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button