Nasionalpilihan

Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin peta dan landskap ekonomi negara akan berubah ke arah lebih baik sekiranya penjawat awam cekap dan pantas dalam melaksanakan tugas.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menegaskan, sekiranya semua penjawat awam mengamalkan amalan berkenaan dalam tugas seharian, Malaysia akan menjadi perhatian dunia dari segi pelaburan.
“Jadi saudara, tumpu ini dan saudara lihat, peta ekonomi, landskap ekonomi kita akan berubah dan saya yakin. Penjawat awam mesti tumpu perkara itu, yang lain sepak terajang (dalam politik), itu serah kepada saya dan kawan-kawan.
“Saudara saudari kena tumpu (hal) ini, kerana Malaysia ada keupayaan sekarang bukan sahaja dari segi pertimbangan antarabangsa tetapi juga harapan dari segi pelaburan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan, di Putrajaya, hari ini.
(Visited 13 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button