NasionalUncategorized

Peguam Negara digesa jelaskan mengapa Raja Rozela Raja Toran digugurkan

Kes perbicaraan rasuah Zahid Hamidi

PEGUAM Negara, Tan Sri Idrus Harun digesa memberi pencerahan mengapakah Timbalan Pendakwa Raya Utama, Raja Rozela Raja Toran digugurkan dalam perbicaraan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gesaan penjelasan itu dibuat oleh salah seorang pemimpin parti Pejuang selepas akhbar utama berbahasa Inggeris, New Straits Times yang memetik sumber melaporkan, Raja Rozela tidak lagi mengendalikan kes berprofil tinggi itu. Raja Rozela juga dilaporkan tidak hadir  ke mahkamah semasa prosiding dijalankan pada minggu lalu.

PEGUAM Negara, Tan Sri Idrus Harun

Menurut laporan FTM, Raja Rozela ketika dihubungi oleh NST hanya berkata kepada akhbar itu bahawa beliau tidak dibenarkan untuk membuat sebarang komen.

“Saya adalah penjawat awam. Saya tidak dibenarkan untuk memberi komen. Minta maaf,” katanya.

Usaha FMT untuk mendapatkan maklum balas Peguan Negara berhubung perkara itu juga tidak berjaya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali berkata, Peguam Negara tidak boleh berdiam diri berhubung perkara itu dan mesti memberikan penjelasan.

Dengan kes Yayasan Akalbudi Ahmad Zahid yang kini di peringkat pembelaan, Rafique menegaskan, Raja Rozela mengendalikan kes tersebut dari awal dan telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Presiden UMNO itu.

“Mengapa ketua pasukan pendakwaan digantikan sekarang? Peguam negara tidak boleh berdiam diri. Rakyat memerhati dan menilai,” soal beliau seperti mana catatannya di akaun Facebook.

Untuk rekod, Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) yang membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi yang diasaskannya dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri (KDN).

12 daripada pertuduhan adalah kes CBT, lapan kes rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram.

Minggu lalu, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi, ia masih mempertimbangkan representasi Ahmad Zahid berhubung kes rasuahnya yang sedang berjalan. – SM

(Visited 605 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button