Nasional

Roslan dilantik KSU MOTAC berkuat kuasa hari ini

TIMBALAN Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar, Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Roslan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk perancangan dan pentadbiran serta hubungan dua hala selain pernah berkhidmat sebagai Duta Besar di beberapa negara.

“Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki, saya yakin beliau mampu melaksanakan misi kementerian dalam memperkasakan ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan yang inklusif,” katanya.

Berkelulusan ljazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Kepujian) daripada University of Exeter, United Kingdom, Roslan, 58, mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada 1995. – Bernama

BACA Amaran kepada pengurusan hotel kurangkan aduan pelanggan

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button