Nasional

Gempa kuat melanda Sumatera Selatan

GEMPA bumi kuat bermagnitud pada 6.1 skala Richter melanda Selatan Sumatera di Indonesia pada pukul 6.48 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 244km barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 48km.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa terbabit tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan berkenaan. – SM

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button