Nasionalpilihan

Ops Motor: 102 disaman persisiran Pantai Kuala Perlis digempur

POLIS menggempur persisiran pantai Kuala Perlis yang dikenali sebagai “port geng motor” khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Ops Motor ini dijalankan mulai pukul 9 malam tadi hingga 2 pagi ini.

Berikutan itu sebanyak 102 individu telah disaman berdasarkan 13 kesalahan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop juga memberitahu, sebanyak 245 individu iaitu 230 lelaki dan 15 perempuan yang berusia antara 14 hingga 28 tahun telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

Sebahagian motosikal yang diperiksa pada Ops Motor. – Gambar Ihsan PDRM

Beliau berkata, Ops Motor ini telah diketuai oleh Ketua Balai Polis Kuala Perlis, Inspektor Azral Hairil Ezmil Saidin dengan dibantu oleh Inspektor Muhammad Javaheir Mohd Taharuddin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kangar.

Yusharifuddin berkata, kesalahan paling banyak disaman kerana tiada cermin sisi dengan 21 kes.

Beliau berkata, diikuti pula kesalahan tiada lesen memandu sebanyak 16 kes dan motosikal tiada pendaftaran pula 14 kes.

Katanya, sebanyak 10 saman dikeluarkan atas kesalahan ubahsuai ekzos, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) pula 9 kes dan aksesori tidak sempurna (8).

Salah seorang anggota polis melakukan pemeriksan ke atas motosikal di Balai Polis Kuala Perlis. – Gambar Ihsan PDRM

“Masing-masing enam saman dikeluarkan kerana nombor flat “fancy” dan tidak pamer ‘P’,” katanya dalam siaran media hari ini.

Tambahnya, lima disaman kerana nombor plat tidak ikut peraturan, tiada perlindungan insurans (3), tunggang di bawah 16 tahun (2) dan masing-masing satu saman kerana tiada brek dan saman subahat (pemilik motosikal benarkan ia ditunggang oleh orang tiada lesen).

Katanya, sebanyak sembilan motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1984. – SM

Artikel berkaitan > Harga bawang di Perlis dijangka naik selepas Krismas

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button