Nasional

Tiada isu jika ada peniaga mahu namakan jualan sebagai menu rahmah

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKS) tiada sebarang isu jika ada mana-mana pihak mahu menamakan jualan mereka sebagai menu rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sesiapa sahaja boleh menggunakan nama menu rahmah itu selagi rakyat boleh mengisi perut daripada kelaparan.

“Ia adalah usaha Kerajaan yang sangat fokus kepada golongan yang memerlukan. Jadi saya rasa, dalam nafas itu semua golongan lapisan tidak akan tertinggal.

“Orang kurang upaya (OKU), golongan-golongan yang perlukan pembelaan, B40, semuanya akan menjadi fokus kepada pihak Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu Siri Jelajah Menu Rahmah kali ketiga yang berlangsung di Restoren Nasi Kandar Stadium, Cheras.

Dalam masa sama, Salahuddin turut bersetuju dengan pandangan pakar nutrisi bahagian makanan, Prof. Dr. Norhasyimah bahawa menu rahmat antara sajian sempurna.

“Norhasyimah memaklumkan dalam satu temu bual bahawa dalam setiap sajian menu rahmah, ia dilengkapi dengan kandungan karbohidrat, protein dan juga vitamin,” katanya. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button