Nasional

SPRM tahan ahli perniagaan berhubung pengubahan wang haram

Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ berusia 42 tahun ditahan dalam operasi diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram.

Sumber mendedahkan suspek popular dalam kalangan masyarakat India kerana membawa masuk artis asing untuk konsert di Malaysia.

Ahli perniagaan itu, yang ditahan bersama dua yang lain, disyaki mengubah wang haram melalui pelbagai perniagaannya, termasuk dua kedai barang kemas di Kuala Lumpur.

“Kesemua suspek ditahan di rumah masing-masing pada awal pagi Isnin dalam operasi bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen,” kata sumber itu ketika dihubungi.

Beliau berkata SPRM juga telah mendapatkan perintah reman selama sehari terhadap dua daripada tiga individu itu di Mahkamah Shah Alam hari ini.

“Pada mulanya, SPRM memohon reman lebih lama tetapi suspek diwakili peguam, jadi hanya satu hari sahaja yang diberikan,” kata sumber itu.

Selain ahli perniagaan itu, seorang lagi ‘Datuk’ yang sepatutnya menyertai pengumuman calon pilihan raya negeri (PRN) di Tampin, Negeri Sembilan, merupakan antara tiga yang ditahan.

Tidak jelas sama ada “Datuk” akan bertanding dalam pilihan raya negeri atau hanya sebahagian daripada jentera pilihan raya Tampin.

“Suspek disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla),” kata sumber itu.-SM

Baca : Kerajaan bakal kurangkan harga RON95 dan diesel

Baca : UPSI anjur Program UPSI Prihatin Komuniti “Quit Vaping Now” beri kesedaran bahaya ‘Vape’

Baca : Bayi perempuan 11 bulan meninggal dalam jagaan pengasuh

(Visited 71 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button