NasionalNegeri

Peserta forum PMC teruja keunikan Kampung Warna Warni Kuala Perlis

PARA peserta forum Jaringan Industri Pelancongan Antara Negeri melahirkan keterujaan dengan keunikan Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna-Warni Perkampungan Warisan Nelayan di Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Ini berikutan para peserta forum anjuran Pacific Asia Travel Association (PATA) Malaysia Chapter (PMC) dari 25 hingga 28 Ogos lalu di Kangar telah berpeluang melawat perkampungan berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan diiringi para peserta forum PMC semasa lawatan ke Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna-Warni Perkampungan Warisan Nelayan di Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Pengerusi, Jawatankuasa Penganjuran yang juga Pengurus Besar-Pemasaran dan Pembangunan Penerbangan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Mohamed Sallauddin Mat Sah berkata, suasana dan imej kampung ini terserlah indah, teratur dan mengujakan ini bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan di Kuala Perlis.

“Ia adalah contoh yang terbaik dengan kepimpinan dan iltizam Raja Muda Perlis bersama Kerajaan Negeri khususnya melalui MAIPs dengan dibantu pelbagai agensi lain pada ketika negara dilanda Covid-19 untuk melestarikan kehidupan seharian penduduk kampung tersebut serta menyediakan peluang ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya.

Sementara itu, Profesor Adjung, Anthony Wong merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Bagi Asian Overland Services Tours & Travel, AOS Conventions & Events, Frangipani Hotels & Resorts, Frangipani Natural Farms, Eco Green Design & Construction and Construction Wetland berkata, pelaksanaan transformasi kampung ini adalah satu produk terbaik berasaskan komuniti, dan telah menjadi ia satu perkampungan yang lebih bersih dan menarik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan peserta forum anjuran PMC di salah satu lokasi lawatan di Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna-Warni Perkampungan Warisan Nelayan di Seberang Ramai, Kuala Perlis.

“Adanya tarikan tempat menarik maka sudah semestinya pada pelancong akan berkeinginan untuk melawat lagi,” katanya.

Beliau juga merancang untuk mengadakan program secara mingguan selepas ini dalam usaha menarik pelancong antarabangsa terutama dalam mewujudkan pakej pelancongan dari Langkawi untuk melawat Kampung Seberang Ramai dalam pakej pelancongan mereka selepas ini.

Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Profesional Phuket, Thailand, Adisorn Sumalee @ LucaMalee juga memuji produk baharu ini dimana telah sembah makluk kepada Raja Muda bahawa beliau akan membantu promosi pada kalangan rakannya yang merupakan pemain industri di Thailand.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan sebahagian penganjur forum anjuran PMC di salah satu lokasi lawatan di Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna-Warni Perkampungan Warisan Nelayan di Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Demikian pandangan yang telah dikongsikan selepas menyertai program ‘Treasure Hunt’ yang dianjurkan sebagai salah satu program sampingan bersempena forum itu dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta anggota masyarakat setempat.

Sebanyak 60 peserta yang mengambil bahagian dalam forum ini juga melahirkan rasa bangga atas kesudian Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat meluangkan masa beramah mesra dengan mereka dalam program tersebut.

Di mana yang melibatkan mereka berjalan kaki dan singgah di 6 buah lokasi seperti yang ditetapkan iaitu Laman Laksa, Jambatan Tuanku Syed Putra, Anjung Persinggahan Raja, Laman Bunga Raya, Laman Rumah Sihat dan Dewan Kampung Semarak.

Mereka juga berpeluang menyelami kehidupan dan budaya di kampung nelayan tersebut dengan melakukan aktiviti-aktiviti menarik seperti mendekorasi laksa, mengarang pantun, merasai makanan seperti garam belacan serta Aiskerim Malaysia, senam Tari Canggung dan juga pengagihan zakat MAIPs kepada 10 orang asnaf terpilih di kalangan penduduk berkenaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan rasa sukacita di atas pemilihan pihak penganjur untuk menjadikan Perlis sebagai tuan rumah bagi forum tersebut kali ini yang secara tidak langsung akan mempromosi dan memperkenalkan Perlis sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing dan unik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar di salah satu lokasi lawatan di Projek DiRaja Transformasi Kampung Warna-Warni Perkampungan Warisan Nelayan di Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Kehadiran pelbagai individu dan organisasi yang merupakan pemain-pemain utama industri pelancongan di Malaysia ke Perlis melalui program ini menggambarkan tanda yang positif untuk industri pelancongan negeri ini.

Untuk rekod, PATA Malaysia Chapter (PMC) yang ditubuhkan pada 1975, merupakan lanjutan daripada organisasi antarabangsa Pacific Asia Travel Association (PATA) untuk membantu dalam menterjemahkan objektif global PATA kepada tindakan tempatan di Malaysia; dengan menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan dengan komuniti setempat dan menyediakan kemudahan PATA kepada semua ahli PMC.

PMC mempunyai wawasan untuk menjadi peneraju suara Malaysia dalam industri kembara dan pelancongan di Asia Pasifik dan misinya adalah untuk mencipta nilai bagi pihak berkepentingan pelancongan melalui kerjasama sektor swasta dan awam untuk menggalakkan pertumbuhan mampan kembara dan pelancongan untuk Malaysia. – SM

BACA Peniaga medan ikan bakar Kuala Perlis pindah ke tapak baharu

BACA Duta Besar Iran kagum transformasi Kampung Nelayan Kuala Perlis

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button