NasionalNegeri

Raja Perlis sempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-4

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-Empat bagi tahun ini sempena Sambutan Hari Ulangtahun baginda yang ke-79 pada 17 Mei 2022 yang lalu di Balairongseri Istana Arau pada pagi tadi.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi sama anakanda-anakanda baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Pada istiadat kali ini Prof Madya Ir Ts Dr Ahmad Faizal Salleh mengetuai senarai seramai 72 penerima dengan dianugerahkan Pingat Mahkota Perlis (P.M.P.) dan disusuli dengan 2 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) kepada PW1 PWP Mohd Shukri Baharom dan Kamarul Zaman A Rahman serta seramai 62 orang penerima Pingat Jasa Baik (P.J.B.). Ketua Biro Bernama Negeri, Ahmad Mulyadi Ab. Majid adalah antara penerima P.J.B. – SM

 

(Visited 717 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button