Ekonomi

Mohd Iskandar dilantik Pemangku Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif BDB

Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan pelantikan Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkuatkuasa mulai 18 Julai 2022.

Mula menyertai BDB pada tahun 2014 sebagai Ketua Perancangan Korporat dan Pengurusan Risiko Perusahaan Kumpulan, Mohd Iskandar Dzulkarnain memainkan peranan utama dalam mengetuai dan menyelaras strategi perniagaan syarikat serta memantau dan menilai risiko untuk peluang-peluang perniagaan baharu. Ia terutamanya dalam pelaburan, pembangunan hartanah serta perniagaan berkaitan.

Beliau kemudiannya dilantik memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2018 dan seterusnya diberi kepercayaan untuk mengetuai semua anak syarikat BDB dari segi tadbir urus operasi serta memberikan tumpuan kepada pelaksanaan strategi pemulihan Syarikat.

Seterusnya pada Oktober 2020 telah dilantik untuk menjawat jawatan Naib Presiden Eksekutif I merangkap Ketua Pegawai Korporat.

Sebelum menyertai BDB, Mohd Iskandar pernah berkhidmat dengan syarikat-syarikat termasuklah Kumpulan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Sapuracrest Petroleum Berhad.

Beliau mempunyai pengalaman merangkumi bidang pengurusan risiko strategik dalam melibatkan projek seperti Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Kuantan Port Expansion serta Projek Khas Penstrukturan Semula Pengurusan Air.

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button