JenayahNasionalNegeri

Bayi perempuan 11 bulan meninggal dalam jagaan pengasuh

SEORANG bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Ayer Molek, Melaka Tengah pada pagi semalam.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidah, 35, berkata, dia menghantar anaknya itu kira-kira jam 7.30 pagi ke rumah pengasuh tersebut yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Taman Desa Ayer Molek.

Bagaimanapun menurutnya, ketika sedang bekerja di Sungai Udang, dia dihubungi pengasuh yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.

“Kira-kira jam 11 pagi, pengasuh hubungi saya dan maklumkan tentang kejadian itu.

“Disebabkan saya masih di Sungai Udang pada ketika itu manakala suami juga bekerja, jadi saya minta pengasuh segera bawa bayi ke Klinik Kesihatan Ayer Molek untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Titian Bintangor, Lubok Cina, malam tadi.

Beliau berkata, pihak Hospital Melaka kemudiannya mengesahkan bayinya yang dijaga pengasuh berkenaan sejak berusia empat bulan, telah meninggal dunia.

“Setakat ini pihak hospital masih belum mengesahkan punca kematian dan perlu menunggu laporan lengkap hasil bedah siasat,” katanya yang dalam keadaan sedih.

Bapa mangsa yang namanya enggan dikenali juga tidak dapat mengulas tentang kejadian kerana kes masih dalam siasatan polis. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA Bayi dua bulan diberi minuman herba meninggal dunia

BACA Bayi empat bulan meninggal dunia selepas sebulan dijaga pengasuh

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button