Nasional

Tamatkan segera program `ustaz selebriti’

DIAKUI ada sebahagian ustaz selebriti yang kualitinya masih jauh dari syarat da’i yang ada.

Ustaz tontonan televisyen inilah yang kita umat Islam cukup khuatir jika mereka `mengenderai’ nama ustaz sebagai salah seorang pendakwah Islam.

Berapa ramai ustaz selebriti yang ada hari ini kelihatan telah `merosakkan’ keindahan dan kemurniaan agama Islam?

Mereka kelihatannya gagal mengikut kaedah serta asas yang betul semasa menyampaikan ilmu agama. Ustaz-ustaz selebriti ini menyelitkan unsur lawak keterlaluan sehingga penceramah lebih popular kerana lawak masing-masing. Malngnya! bukan ilmu yang disampaikan.

Yang kasihannya anak-anak muda Melayu kita yang datang ke satu-satu program untuk lebih mendengar dan tertawa dengan lawak jenaka dari mulut penceramah. Bukan suatu yang pelik program ceramah ustaz selebriti akan `setaraf’ program Maharaja Lawak atau Gegar Vaganza. Masyarakat Melayu sudah terima cara begitu. Kalau tidak, lenganglah majlis.

Hal inilah yang dibimbangi Suara Merdeka. Sebab itu Suara Merdeka pandang sepi atau sebelah mata sahaja dengan program-program yang menonjolkan selebriti agama. Antaranya gelaran yang dititipkan buat mereka oleh penganjur program TV – Pencetus Ummah (PU), Imam Muda (IM), Da’i.

Lantas Suara Merdeka teringat kebimbangan seorang mufti empat tahun lepas. Kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria:

“Kita lihat hari ini seolah-olah sudah menjadi satu keperluan kepada pendakwah apabila berdakwah atau berceramah, nyanyian dan alunan lagu-lagu semestinya dikumandangkan.

“Malah adakala sampai satu tahap ia menjadi keutamaan ketika berceramah, sehingga terdapat penceramah digelar dengan gelaran tertentu seperti Bollywood dan seumpamanya.”

Hairan! dalam suatu program agama, bolehkah ilmu terserap andai kata kita terus tertawa sepanjang ceramah? – SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button