MahkamahNasional

Ustaz Budak dipenjara 13 bulan cabul ahli perniagaan

MUDIR Madrasah, Syamsul Zaman atau lebih dikenali Ustaz Budak dipenjara 13 bulan atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul seorang ahli perniagaan lelaki di sebuah hotel, sekitar Disember 2020 lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Syamsul Zaman Sukri, 35, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu.

Mohamad Abazafree dalam alasan penghakimannya berkata, ada tujuh isu yang dibangkitkan oleh tertuduh dan ketujuh-tujuhnya ditolak.

“Ini termasuk perayu yang mendakwa keterangan mangsa tidak boleh dipercayai. Perayu tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.

“Pihak perayu gagal membuktikan mens rea (niat jahat) tetapi Hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan alasan penghakiman Mahkamah Majistret dan nota keterangan menunjukkan bahawa adanya tindakan dan niat perayu kepada mangsa.

“Mahkamah Tinggi berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret adalah tepat dan memadai. Justeru, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan kepada perayu yang bermula hari ini,” katanya.

Ustaz Budak didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh kena penjara sehingga dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri

Tertuduh, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap lelaki berusia 30 tahun di bilik hotel terlentak di Kota Bharu pada pukul 1.15 pagi, 16 Disember lalu.

Artikle Berkaitan :>

Kes Ebit Lew: WhatsApp juga dikesan mengandungi gambar, video lucah

 

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button