Jenayah

203 saman dikeluarkan atas kesalahan kenderaan melebihi garisan putih di lampu isyarat

Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan saman sebanyak 203 atas kesalahan kenderaan yang melebihi garisan putih dan laluan pejalan kaki semasa menuggu di lampu isyarat, dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU).

203 saman dikeluarkan atas kesalahan kenderaan melebihi garisan putih di lampu isyarat

Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata,sebanyak 5,953 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang mana kesalahan lalu lintas merekodkan jumlah saman tertinggi sebanyak 4,637.

Ujarnya lagi jumlah saman yang dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan seperti tiada lesen memandu bagi individu tempatan (106 saman), melanggar lampu isyarat merah (41 saman), ubah suai plat kenderaan (20 saman), berhenti di petak kuning (5 saman) dan tiada lesen memandu warga asing (4 saman).

“Kesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi semalam adalah halangan lalu lintas dengan 4,637 saman dikeluarkan diikuti kesalahan lain-lain (927 saman) dan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (203 saman).

“Jumlah saman dikeluarkan itu juga membabitkan kesalahan tiada lesen memandu bagi individu tempatan (106 saman), jalan semasa lampu isyarat merah (41 saman), ubah suai nombor pendaftaran (20 saman), berhenti di petak kuning (5 saman) dan tiada lesen memandu warga asing (empat saman),” jelasnya.

Tambahnya lagi, seramai 11 individu juga telah ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mabuk, menjalankan operasi parkir haram, memiliki kenderaan curi dan juga kes dadah.

Terdahulu Polis Kuala Lumpur telah melaksanakan operasi Hormat Undang-Undang Fasa Dua dengan lebih tegas melibatkan jalan raya di sekitar ibu negara sehingga 29 September depan, dengan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

Artikle Berkaitan :>

Anggota polis trafik didenda RM30,000

Lesen 10 tahun: JPJ ada cara kesan pesalah trafik

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button