Jenayah

Penganggur didakwa bunuh abang dan kakak ipar

SEORANG penganggur didakwa di mahkamah majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Ng Chun Ming, 61, ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tertuduh mengangguk apabila ditanya sama ada dia faham pertuduhan itu.

Dia didakwa membunuh abangnya, Ng Chun Hon, 64, dan kakak iparnya Ooi Tin Lu, 59 di Taman Bercham Aman pada 6 dan 7 Julai antara 6.45 petang dan 8.20 pagi.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 14 September untuk sebutan semula kes.

Dilaporkan Ng dan Ooi ditemui mati di rumah mereka di Taman Bercham Aman, di sini pada 6 Julai lalu.

Polis segera melancarkan gerakan memburu adik Chun Hon, Ng Chun Ming, 61.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila abang Chun Hon datang ke balai polis Bercham pada 8.50 pagi untuk memaklumkan bahawa abang dan kakak iparnya didapati tidak bernyawa dan berlumuran darah.

Kedua-dua mangsa ditemui berdekatan antara satu sama lain di ruang tamu, dengan mangsa lelaki dalam keadaan tertiarap di atas lantai dan wanita itu bersandar pada dinding. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal menunjukkan pasangan itu dipukul di kepala mereka dengan senjata tajam dan objek tumpul. Mereka mengalami luka parah di kepala. -SM

 

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button