fbpx
Jenayah

Kes culik, bunuh usahawan bergelar Datuk Seri bermotifkan wang-Huzir

SUSULAN kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang, Selangor pada Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kes culik dan pembunuhan itu adalah bermotifkan wang.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Huzir berkata, siasatan pihaknya dalam kes itu membabitkan semua aspek.

Selain itu, beliau berkata, keputusan bedah siasat mangsa belum diperoleh dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Sebelum ini, polis telah menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang disusuli penemuan mayat mangsa di kawasan belukar di Rawang.


Mangsa sebelum itu dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada pukul 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

BACA: https://suaramerdeka.com.my/suspek-ke-8-kes-bunuh-culik-datuk-seri-ditahan/

BACA: https://suaramerdeka.com.my/polis-cari-el-bantu-siasatan-kes-culik-dan-bunuh-datuk-seri/

BACA: https://suaramerdeka.com.my/kes-bunuh-ahli-perniagaan-bergelar-datuk-seri-polis-tahan-7-suspek/

BACA:https://suaramerdeka.com.my/thamby-akhirnya-serah-diri/
SUMBER ASTRO AWANI

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button