Politik

Isu ‘gelap’: Ahli Dewan Negara DAP, Hui Ying kesal

ISU ‘gelap’ yang ditimbulkan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilihat belum reda apabila masih terdapat bantahan.

Meskipun, wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) itu sudah meminta maaf berhubung kenyataannya, namun masih ada pihak tidak berpuas hati.

Ini kerana, sikap yang ditunjukkan Abdul Azeez dikatakan bertentangan dengan konsep muhibah negara.

“Kenyataan Ahli Parlimen Baling itu jelas mendedahkan sikap sebenar beliau serta membuktikan bahawa mereka masih meneruskan tradisi pemerintahan BN.

“BN pada masa lalu yang mempunyai kecenderungan perkauman dan seksis.


BACA > Bukan Tun Mahathir cadang nama saya sebagai PM – Shafie — Suara Merdeka

“Perkara ini juga menunjukkan bahawa wakil rakyat kerajaan Perikatan Nasional (PN) tersebut memberi keutamaan kepada warna kulit seseorang.

“Tanpa menyedari bahawa beliau berdiri di dewan yang mulia ini mewakili semua bangsa, agama dan warna kulit yang telah mengundinya.

“Bukannya mereka yang berkulit cerah sahaja. Tindakan Ahli Parlimen Baling telah mengkhianati semangat muhibah negara.

“Saya berasa amat kesal dengan sindiran berbaur perkauman dan seksis oleh Abdul Azeez terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.”

Demikian kenyataan Ahli Dewan Negara daripada Parti DAP, Senator Lim Hui Ying yang diterbitkan portal pro DAP, Roketkini.com hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut menyentuh tindakan Abdul Azeez dan menyifatkannya sebagai tidak patriotik dengan tindakan menyebut perkataan gelap kepada Kasthuri.

Malah, katanya, tindakan bekas Pengerusi Tabung Haji itu melanggar Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.

BACA > Pelan tindakan Pembangunan Vaksin Negara dirangka — Suara Merdeka

Peruntukan itu melarang sebarang bentuk diskriminasi atas dasar gender, bangsa atau agama.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dalam kenyataan sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara menyatakan bahawa, ‘Kita berasa bangga menjadi warganegara Malaysia.

“…walau apapun kaum, agama, dan warna kulit kita kerana kita mempunyai jati diri yang sebahagiannya dibentuk oleh prinsip Rukun Negara.’

“Tetapi apa yang berlaku semalam telah menunjukkan Ahli Parlimen Baling tidak menghormati Rukun Negara.

“Perkara ini adalah serius. Adakah perangai dan tindakan yang anti-Rukun Negara ini mencerminkan budaya di kalangan wakil rakyat PN?” soalnya.

Terdahulu, Abdul Azeez mencelah dengan menyebut ‘gelap, tak nampak’ ketika Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berucap.

Ketika itu, Kasthuri membahaskan usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Dewan Rakyat bagi Penggal ke-14.

BACA > Dakwaan guru di Sabah terlibat projek KPM tidak berasas — Suara Merdeka

Beliau mempersoalkan pelantikan ahli jawatankuasa itu kerana tidak melibatkan Ahli Parlimen dalam kalangan wanita. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button