Nasionalpilihan

97% pengundi awal PRK KKB keluar mengundi

Hari ini telah berlangsung proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangn Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses pengundian awal ini hanya melibatkan dua pusat mengundi iaitu di Dewan Serbaguna Maktab PDRM, Kuala Kubu Baharu dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

“Proses mengundi awal bagi PRK Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu melibatkan seramai 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.

“Peratus keluar mengundi bagi hari mengundi awal adalah sebanyak 97 peratus.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, pengamal media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya. – SM

(Visited 17 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button