NasionalpilihanUncategorized

Malaysia mahukan keadilan untuk semua – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri berpeluang bersua dan beramah mesra dengan para wakil pemimpin agama daripada 60 negara yang hadir dalam Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Anwar berkata, persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Liga Muslim Sedunia (Muslim World League -MWL) yang berpusat di Riyadh, Arab Saudi kali ini turut dihadiri oleh Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Muslim Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa.

“Saya singgung apa maknanya agama sekiranya tiada nilai kemanusiaan, rahmah, keadilan dan ihsan dalam diri dan masyarakat.

“Kita mahukan keadilan kepada semua warga sama ada di Malaysia ataupun di tempat lain khususnya dalam konteks semasa yakni pembantaian yang berlaku di Gaza, Palestin.

“Selain itu, saya tegaskan kepentingan persidangan seperti ini dalam mempromosi semangat lita’rafu, prinsip karamah insaniah sebagaimana mesej al-Quran agar kita semua saling memahami dan menghargai kepelbagaian yang kita miliki.

“Saya zahirkan penghargaan kepada JAKIM dan MWL atas penganjuran persidangan kali ini. Semoga mesej dialog dan siri pertemuan seperti ini menjadi salah satu inisiatif bersama mengangkat nilai unggul dalam kehidupan beragama,” katanya. – SM

(Visited 12 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button