Nasionalpilihan

Lelaki maut dihempap pokok tumbang di ibu negara

SEORANG lelaki berusia 47 maut maut apabila kereta yang dipandunya ketika melalui Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dihempap pokok tumbang dalam kejadian hujan dan ribut petang ini.

Sementara itu seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden tersebut yang turut menjejaskan perkhidmatan monorel.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata, dua mangsa tersebut tersepit dalam kenderaan masing-masing dan berjaya dikeluarkan anggota bomba.
“Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lagi yang cedera terus menerima rawatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memaklumkan insiden itu menyebabkan 17 buah kenderaan rosak dan landasan monorel berhampiran turut terhalang oleh dahan daripada pokok tumbang tersebut.
Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan fasiliti awam di kawasan itu termasuk perhentian bas di tepi laluan berkenaan.
“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 14.19 petang, seterusnya menghantar jentera ketempat kejadian.
“Keluaran pasukan operasi daripada BBP Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota lain-lain pangkat,” katanya dalam kenyataan tersebut. – SM
(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button