fbpx
Politik

Pengaruh Abdul Hadi boleh jayakan agenda Wisma Putra di Timur Tengah

MENTERI Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah tepat pada masanya.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman pengalaman dan pengaruh yang dimiliki Presiden Pas, beliau yakin Abdul Hadi mampu membantu Wisma Putra dalam menjayakan agenda berkaitan Timur Tengah.

Dalam pertemuan yang disifatkan sebagai cukup bermakna hari ini, kedua-dua mereka berbincang mengenai tanggungjawab untuk memperkasa peranan Malaysia di Timur Tengah.

Ini termasuk dalam menghadapi cabaran situasi geopolitik yang tidak menentu termasuk yang terkini ialah penularan wabak Covid-19.

“Di pihak Wisma Putra, tumpuan kita sekarang ialah memudah cara urusan kepulangan rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara disebabkan sekatan perjalanan dan penutupan ruang udara oleh Kerajaan negara yang mereka diami.


“Selain itu, Wisma Putra juga perlu menjayakan hasrat Kerajaan untuk mengenal pasti negara yang mempunyai penyelidikan saintifik dan pembangunan vaksin terbaik seterusnya memastikan Malaysia menjadi negara terawal memperolehi vaksin tersebut,” kata Hishammuddin.

Menurut Hishammuddin, Abdul Hadi juga mampu membantu memastikan hubungan diplomatik Malaysia dengan rakan di Timur Tengah terus utuh dan berkekalan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Abdul Hadi sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri pada 2 April lalu.-SM

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button