fbpx
Politik

Wira PUTRA sokong pilihan raya pecat wakil rakyat

PERGERAKAN Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong gesaan wujudkan pilihan raya bagi pecat wakil rakyat.

Gesaan itu ekoran kewujudan wakil rakyat yang mengkhianati mandat rakyat terutama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dengan melompat parti.

BACA > Masak rendang pakai baju ‘tank top’ Alicia Amin minta maaf — Suara Merdeka

Pilihan raya bagi pecat wakil rakyat itu disifatkan sebagai munasabah bagi memastikan polemik politik tidak berjanjangan.

Ketua Wiranya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif memberitahu, adalah tidak wajar mana-mana wakil rakyat mempersenda mandat rakyat demi keuntungan mereka sendiri.

“Wira PUTRA menyokong cadangan tersebut bagi memastikan perjalanan politik negara tidak lagi kucar-kacir seperti ketika ini hingga merugikan rakyat dan negara.


NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

“Ketika ini rakyat mulai jelak mendengar kisah pemimpin bertali arus melompat parti bagaikan tiada prinsip dan hala tuju,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA > NUTP cadang sekolah rendah dibuka seawalnya hujung September — Suara Merdeka
BACA > PKPP : Program Atas Talian ‘Perlis Mengaji’ diteruskan — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Bersih 2.0, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu.

Selaras dengan cadangan tersebut, Nasrul Ali Hasan turut menyokong amalan pendakwaan dan imuniti terpilih terhadap individu berkepentingan dihapus.

Menurut beliau, integriti badan kehakiman seharusnya bebas dan tidak bersifat politik dalam melaksana dan menasihat perihal undang-undang.

“Jelas membuktikan sebelum ini wujud campurtangan pemimpin politik dalam urusan di bawah seliaan Jabatan Peguam Negara.

“Ia juga menunjukkan kecacatan dalam badan kehakiman yang mulia. Ada individu tertentu didakwa dengan pelbagai motif.

BACA > Peter Anthony tiba di Mahkamah Kota Kinabalu bagi hadapi pertuduhan — Suara Merdeka
BACA > 107 MP sokong PH tak termasuk bebas — Suara Merdeka

“Kemudian dengan mudah mendapat pengampunan. mahupun dibebaskan apabila kumpulan mereka memegang tampuk kepimpinan negara,” tegasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button