Politik

Anwar minta wakil rakyat PKR seru masyarakat kekal tenang

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta wakil rakyat dan pemimpin PKR untuk menyeru semua rakyat supaya kekal tenang menjelang pertemua beliau dengan Yang di-Pertuan Agong Selasa ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, permintaan tersebut dibuat oleh Anwar ketika mengadakan pertemuan menerusi Zoom dengan ahli Majlis Pimpinan Pusat serta wakil-wakil rakyat PKR hari ini.

Dalam pertemuan secara maya itu, Anwar juga menerangkan kepada mereka mengenai majlis mengadap Yang di-Pertua  Agong pada Selasa ini.

“Anwar memberi penerangan mengenai situasi terkini, termasuk majlis mengadap beliau dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.

“Anwar meminta kami untuk menyeru semua rakyat Malaysia supaya kekal tenang dan terus mendoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan negara kita,” kata Saifuddin Nasution.

Dalam perjumpaan secara maya itu, Anwar juga menekankan beberapa perkara penting untuk PKR terus bergerak ke hadapan.

Antaranya termasuk wakil rakyat mendengar rintihan masyarakat. Dengan cara ini mereka dapat mengenal pasti cara untuk membantu negara pulih dan makmur.

Anwar turut menggesa semua anggota PKR untuk terus berkhidmat dan membantu masyarakat setempat semasa berlakunya wabak Covid-19.

“Anwar memberi penekanan khusus kepada Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan agar bekerja keras tangani cabaran rakyat di negeri-negeri tersebut akibat wabak Covid.

“Walaupun pelbagai SOP yang berkaitan dengan kesihatan perlu dipatuhi, kita harus tetap membantu rakyat Malaysia, terutama anggota masyarakat kita yang paling berisiko,” kata Saifuddin Nasution.

Anwar semalam berkata, beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, 13 Oktober ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, dalam satu kenyataan memberitahu, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Pada 23 September lalu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan, memaklumkan majlis menghadap Seri Paduka oleh Anwar yang dijadualkan berlangsung sehari sebelum itu, ditangguhkan berikutan kegeringan Al-Sultan Abdullah yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Terdahulu, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan serta akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.-SM

 

 

 

 

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button