Hiburan

Masak rendang pakai baju ‘tank top’ Alicia Amin minta maaf

MODEL dan pelakon, Alicia Amin memuat naik permohonan maaf kerana terlepas pandang berkenaan isu kebersihan semasa memasak rendang.

Semalam, Alicia memuat naik satu video di Instagramnya yang memapakar dia sedang memasak rendang untuk dijual.

Namun ramai yang kurang senang dengan cara pemakaiannya yang terdedah sehingga ada dikalangan netizen mempersoalkan tahap kebersihannya ketika menyediakan makanan tersebut.

Ada juga netizen bertanyakan adakah dia ada mengambil suntikan Thypoid serta mendapatkan kad kesihatan sebelum memulakan jualan rendangnya itu.

Ada juga yang mempertikaikan pakaiannya yang dilihat kurang sesuai untuk memasak rendang kerana terlalu terdedah.

Alicia telah memuat naik status di IG Story mempersoalkan tindakan netizen yang cuba mencari kesalahannya sedangkan banyak lagi isu dunia lain yang lebih penting.

Bagaimanapun, status itu kemudian disusuli dengan permohonan maaf selepas terlepas pandang mengenai isu pakaian dan kebersihan.

“Saya terlepas pandang berkenaan pakaian, sarung tangan dan kepala ketika memasak rendang.

“Tapi saya pasti yang tangan saya bersih dan kerap dibasuh sebelum memasak rendang yang ditempah pelanggan,” katanya. – SM

(Visited 1,523 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button