Politik
Trending

Ku Li layak jadi Perdana Menteri Interim – Lokman

AHLI Parlimen Gua Musang dan bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah layak menjadi Perdan Menteri Interim.

Kedudukan jawatan Perdana Menteri Interim adalah diperlukan jika perebutan kuasa politik menjadikan kestabilan negara tidak menentu.

Justeru, Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkuasa menentukan pelantikan Perdana Menteri sementara.

Ia susulan, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh kerana kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Saya nampak, dalam banyak-banyak antara orang yang kita rasa kalau diletak sementara waktu sebagai Perdana Menteri Interim, dia tidak ghairah untuk kekal berkuasa.

“Bersedia menggalas tugas sementara waktu, saya lihat paling sesuai mungkin Tengku Razaleigh.

“Kalau beliau jadi Perdana Menteri Interim, biasanya enam bulan, tetapi misalannya Covid-19 menjadi semakin parah, dia boleh pergi dua tahun.

“Sampai hujung penggal atau Covid-19 ini kita betul-betul dapat diatasi dengan sebaiknya atau menemukan vaksin.”

Demikian kata, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam Facebooknya malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan terdapat kebuntuan sekali lagi dalam menentukan sokongan Ahli Parlimen untuk memilih Perdana Menteri.

Lokman menambah, sekarang sepatutnya bukan masa yang sesuai untuk merebut kuasa politk dalam keadaan negara sedang berhadapan ancaman Koronavirus (Covid-19).

Justeru, dengan dakwaan Anwar, maka Yang di-Pertuan Agong pasti akan menggunakan kebijaksanaannya untuk memastikan kebajikan rakyat terbela.

LOKMAN NOOR ADAM

Kata beliau lagi, baginda juga boleh melantik seseorang untuk mengetuai Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menghadapi situasi negara berhadapan ancaman pandemik.

“Jika berlaku sebarang perebutan kuasa maka kalau tidak digunakan kaedah Perdana Menteri interim, mungkin juga boleh diadakan Mageran kerana darurat.

“Kerana kecemasan tidak semestinya berlaku rusuhan kaum, peperangan tetapi jika wabak Covid-19 tidak boleh dibendung dan berlakunya perebutan kuasa politik juga, ia boleh membawa kepada pengisytiharan darurat.

“Ini akan membolehkan Tuanku mengambil alih dengan memilih seseorang untuk ketuai Mageran ataupun mengepelai kerajaan sementara waktu,” ujarnya.

Ahli Parlimen Port Dickson, dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pukul 11 pagi esok untuk mempersembahkan sokongannya.

Hal demikian susulan, Anwar mendakwa mempunyai sokongan majoriti daripada AHli Parlimen yang kukuh, stabil dan meyakinkan untuk menjad Perdana Menteri. – SM

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button