Politik

Bukan Tun Mahathir cadang nama saya sebagai PM – Shafie

PRESIDEN Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendakwa cadangan beliau dipilih sebagai Perdana Menteri diutarakan Amanah dan DAP.

Justeru, beliau menafikan bahawa bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan namanya.

Menurutnya, Amanah dan DAP mencadangkan demikian, namun apabila Dr. Mahathir memaklumkan kepada umum, mereka mendakwa cadangan itu perlu dibawa ke Majlis Presiden PH.

Susulan demikian, Mohd. Shafie mendakwa Amanah dan DAP membuat pusingan ‘U’ berhubung keputusan yand dikatakan dibuat dalam pertemuan tidak rasmi di Rumah Tetamu Sabah.

“Ia dicadangkan oleh DAP dan Amanah. Itu bukan cadangan Dr Mahathir Mohamad.

BACA > Riak wajah Tun Mahathir undang simpati netizen — Suara Merdeka

“Mereka bawa idea seperti ini untuk memberi penyelesaian kerana Dr. Mahathir dan Anwar (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak boleh bekerja bersama.”

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas bersama portal Malaysiakini hari ini.

Kata Mohd. Shafie lagi, dua parti komponen PH itu membangkitkan cadangan itu sebagai pilihan ketiga bagi memecah kebuntuan.

Kemelut antara PH timbul selepas keputusan tidak dapat dicapai dalam menentukan Perdana Menteri pakatan itu seterusnya kerana Anwar dan PKR enggan memilih Dr. Mahathir.

Malah pusingan ‘U’ dibuat oleh Amanah dan DAP itu dikatakan sebagai pendirian PH yang tidak tegas.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie turut menjelaskan beliau tidak pernah meminta bagi dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

BACA > Ebit Lew rayu MPS bantu ‘pak cik jagung’ — Suara Merdeka

Namun perkara itu timbul selepas kebuntuan krisis antara Ahli Parlimen Port Dickson dan Langkawi itu seperti tidak berkesudahan.

Walau bagaimanapun, Mohd. Shafie tidak menolak sekiranya pilihan ke tiga bagi menyandang jawatan nombor satu kerajaan itu boleh diteruskan.

Katanya, hal tersebut perlu diselesaikan antara Amanah dan DAP serta pihak yang mencadangkan namanya.

“Saya rasa perlu berbincang dengan rakan-rakan yang mencadangkan nama saya, sebab saya perlu pastikan terlebih dulu.

“Sebab saya tak boleh berkata kepada Anwar. Apa-apa pun saya tidak terlalu mahukannya, kerana saya hanya satu penyelesaian kepada masalah.

“Biar saya selesaikan dengan Amanah dan DAP. Mereka cadangkan mana saya dan tiba-tiba lain pula.

“Jadi saya fikir perlu selesaikan dengan mereka dulu,” jelas Shafie.

Terdahulu, Dr. Mahathir dalam satu video yang dimuat naik dalam Facebooknya mengumumkan pemilihan Ketua Menteri Sabah sebagai Perdana Menteri daripada PH.

BACA > Saksi sahkan transaksi tiada ruang kesalahan undang undang — Suara Merdeka

Menurutnya cadangan nama Mohd. Shafie itu dibuat dalam satu pertemuan tidak rasmi antara pimpinan PH di Rumah Tamu Sabah. – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button