fbpx
Politik
Trending

Letak jawatan PM: Muhyiddin kena balas Tun Mahathir

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa tidak berdiam diri terhadap dakwaan bekas bosnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu perletakan jawatan.

Ini kerana, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara selepas Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu.

Muhyiddin digesa berbuat demikian kerana dikhuatiri menyimpan rahsia disebalik perletakan jawatan Dr. Mahathir.

“Kita tunggu jawapan Muhyiddin pula. Dia mesti ada rahsia dan dia PM sekarang.

“Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah jawab kelentong Mahathir pasal letak jawatan Perdana Menteri ke 7.”


BACA > Ayam import dari Brazil didakwa positif Covid-19 – Suara Merdeka

Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini yang mengulas dakwaan Dr. Mahathir bahawa beliau tidak meletakkan jawatan.

Semalam, dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Langkawi itu menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Malah, bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7 itu mendakwa Ahli Parlimen lain tidak memahami perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang apabila Bersatu mengambil langkah keluar daripada gabungan itu.

Bagaimanapun, Mohd. Puad mempertikai dakwaan beliau sedangkan Yang di-Pertuan Agong pernah meminta supaya jangan letak jawatan.

Malah, katanya lagi Dr. Mahathir ketika itu mendapat sokongan daripada UMNO dan Pas untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

BACA > Gambar KJ: Netizen tempelak FB penyokong Tun Mahathir – Suara Merdeka

“Yang di-Pertuan Agong telah bertitah di Parlimen, dia menasihatkan Mahathir jangan letak jawatan. Sebab itu dia jadi PM Interim.

“Sebenarnya dia boleh saja kekal jadi PM kerana UMNO dan PAS menyokong dia masa itu walaupun kerajaan PH akan tumbang.

“Sebenarnya dia boleh saja kekal jadi PM kerana UMNO dan PAS menyokong dia masa itu walaupun kerajaan PH akan tumbang,” katanya.

Justeru, beliau menyokong kenyataan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dalam Dewan Rakyat semalam yang mendakwa bekas Pengerusi PH itu punca ketidak stabilan politik negara.

“Justeru dakwaan MP Gerik di Parlimen adalah tepat. Memang Mahathit punca huru hara politik.

BACA > Dr. Mahathir umum peguam, Amir Khusyairi bertanding di PRK Slim – Suara Merdeka

“Di usia 95 tahun Mahathir akan buat lagi banyak kesilapan. Lebih banyak huru hara politik,” ujarnya. – SM

(Visited 8 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button