albatrosSukan

Albatros kembali lagi

KETIKA bertugas dengan Utusan Malaysia saya menulis mengenai sukan golf di dalam ruangan Albatros.

Mungkin ramai yang tertanya apakah Albatros. Albatros sebenarnya sejenis burung dan kiraan mata golf menggunakan nama burung kecuali bagi pukulan selubang.

Bermula dengan Birdie, ke Eagle dan Albatros yang terbaik. Jadi selain berusaha mencapai Albatros di dalam permainan golf, kita juga sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam kehidupan.

Saya akan berkongsi kisah golf dan rebiu padang golf serta barangan melalui segmen ini.

Dalam situasi pandemik Covid-19, antara sukan yang dibenarkan diteruskan ialah permainan golf. Bagaimanapun ia perlu mematuhi prosedur ditetapkan seperti menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka pada kebanyakan masa.

Selain itu para pemain golf tidak dibenarkan berkongsi buggy, sebagai langkah mengelakkan sebarang penularan pandemik.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga membataskan  para pemain golf daripada merentas daerah dan negeri untuk bermain golf.

Dalam situasi terbatas itu, tetapi jumlah orang bermain golf tetap tidak pernah surut. Mungkin sudah tidak tahu untuk melakukan apa, kerja pula kebanyakan dibuat di rumah, menyebabkan lapangan golf diserbu.

Jadi jika sesiapa yang mahu bermain golf perlu membuat tempahan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya selama seminggu kerana kebanyakan lapangan golf telah penuh.

Selain itu jumlah pemain golf juga dikurangkan selain jumlah buggy yang tidak cukup kerana tidak dibenarkan berkongsi kenderaan berkenaan.

Inilah norma baharu yang harus dipatuhi supaya kita sentiasa sihat dan pada sama memastikan tidak menularkan atau dijangkiti wabak pembunuh Covid-19.

(Visited 534 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button