Negeri

Ban pecah: 80,000 pengguna hadapi gangguan bekalan air

Operasi 4 LRA terpaksa dihentikan

GARA-GARA runtuhan ban kanan terusan tengah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), operasi empat loji rawatan air (LRA) di negeri jelapang padi terpasa dihentikan semalam.

Syarikat Air Darul Aman (Sada) memaklumkan, loji terbabit terdiri daripada LRA Bukit Pinang, Pokok Sena, Jenun Lama dan Jenun Baru yang menyebabkan gangguan bekalan air membabitkan kira-kira 80,000 akaun pengguna.

Pihak Sada berkata, gangguan bekalan air juga dijangka menjejaskan penduduk di daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Yan.

“Pemberhentian tugas empat LRA ini dijangka menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan anggaran 80,000 akaun pengguna merangkumi empat daerah berkenaan.

“Mada giat mengambil langkah proaktif bagi mengatasi isu ini dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat mengenai gangguan bekalan air itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi Facebook Syarikat Air Darul Aman dan laman web www.sada.com.my.

Semalam, Sada dilapor terpaksa menghentikan tugas LRA Bukit Pinang dan Pokok Sena akibat kejadian itu yang menyebabkan 75,000 akaun pengguna di Kota Setar serta Pokok Sena mengalami gangguan bekalan air.

Kejadian ban seliaan Mada itu pecah adalah akibat hujan lebat di kawasan tadahan dan dataran yang menyebabkan aliran sungai tidak terkawal serta paras air dari tadahan Sungai Padang Terap meningkat. – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button