Nasional
Trending

Agong tidak perkenan Perintah Darurat dilaksana

PERINTAH Darurat dilapor tidak akan dilaksanakan susulan Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan pelaksanaanya bagi membendung wabak Koronavirus (Covid-19).

Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyatakan tiada keperluan terhadap pelaksanaan perintah tersebut kerana mendakwa kerajaan berjaya menangani Covid-19 dengan berkesan.

Baginda juga dilaporkan yakin dengan keupayaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus membendung pandemik global itu.

Keputusan tersebut dizahirkan selepas As Sultan Abdullah mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara pada pukul 2.30 petang tadi.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana mana bahagian negara Malaysia.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini.

Baginda dilapor bertitah demikian selepas menerima persembah cadangan daripada Muhyiddin pada Jumaat lalu untuk melaksanakan Perintah Darurat.

Permohonan tersebut adalah mengikut pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan tersebut disepakat oleh anggota Jemaah Menteri serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Polis Negara dalam Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya pada pagi Jumaat lalu.

Susulan itu, Muhyiddin bertolak ke Istana Abdul Aziz di Pekan, Pahang untuk menghadap baginda bagi membersembahkan cadangan tersebut.

Dalam pada itu, Al Sultan Abdullah bagaimanapun mengingatkan ahli politik untk terus fokus kepada membina kestabilan negara dan bersama menangani wabak Covid-19.

Justeru, menerusi kenyataa sama baginda menyeru semua ahli politik supaya berhenti daripada segala politiciking dan memberikan tumpuan kepada agenda kebajikan rakyat.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada,” katanya.

Malah, baginda turut menyatakan tiada keperluan untuk melaksanakan perbelanjaan kecemasan negara tahun hadapan, sebaliknya menegaskan Belanjawan 2021 akan dibentang dalam sidang Parlimen.

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini,” tambah kenyataan itu lagi. – SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button