fbpx
Nasional
Trending

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu selesai

MESYUARAT Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada pukul 2.30 petang tadi dilapor selesai kira-kira pada pukul 5 petang tadi.

Sidang khas itu dilaporkan berakhir apabila Raja-Raja Melayu dilihat keluar meninggalkan Istana Negara menerusi Pintu Utama sebentar tadi.

Sebelum itu, tujuh Raja-Raja Melayu dilapor hadir ke Istana Negara tengah hari tadi bagi menghadiri mesyuarat khas dipercayai bagi membincangkan pelaksanaan Perintah Darurat.

Mereka adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Sultan Badlishah.

Hadir kemudian adalah, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abdin, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.


Terakhir tiba sebelum mesyuarat berlangsung adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, namun Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dilaporkan tidak kelihatan hadir.

Mesyuarat khas itu diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shaha, menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin di Istana Abdul Aziz di Pekan, Pahang pada Jumaat lalu.

Baginda dilapor menerima persembah daripada Muhyiddin, cadangan-cadangan untuk menangani wabak pandemik Koronavirus (Covid-19).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda diberi taklimat mengenai cadangan yang dicapai Mesyuarat Khas Kabinet yang diadakan pada Jumaat pagi di Putrajaya.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memperincikan cadangan tersebut, namun memaklumkan As Sultan Abdullah memanggil Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan perkara itu.

Sejak Jumaat lalu, beberapa media tempatan dan antarabangsa melaporkan Kabinet sebulat suara bersetuju Perintah Darurat dilaksanakan bagi menangani wabak Covid-19.

Susulan itu, Muhyiddin bertolak ke Pekan bagi menghadap As Sultan Abdullah bagi mendapatkan perkenan beliau untuk melaksanakan perintah tersebut. – SM

 

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button