Nasionalpilihan

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus

KAKITANGAN awam di negara ini bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Hari Pekerja 2024 di Putrajaya hari ini.

Kenaikan itu akan bermula pada 1Disember tahun ini  adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
“Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum kenaikan itu lebih tinggi daripada 13 peratus.
“Maka kita akan laksanakan lebih 13 peratus peratus kenaikan mulai 1 Disember tahun ini, sebab saya sudah berjanji,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Anwar turut memberitahu kenaikan gaji penjawat awam akan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.
Ini termasuk pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetapi mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.
“Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.
“Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan,” katanya.
Anwar menjelaskan kenaikan gaji kepada penjawat awam tertentu bagaimanapun boleh dikecualikan jika tidak menunjukkan prestasi membanggakan.
“Kalau rekod pekerjannya tak membanggakan, malas, sering lambat dan tidak beri tumpuan yang baik, tidak layak diberi ganjaran (kenaikan gaji) seperti yang dijanjikan kerajaan.
“Ini tanggungjawab kita bersama baik persatuan, rakan di jabatan untuk pastikan dua, tiga orang yang lembap ini biar dia kekal di jawatan sama selama-lamanya,” katanya.
Dalam ucapannya itu Anwar turut mengumumkan Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Manakala, RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang. – SM
(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button