Sukan

Wendy tebus duka KL2017 dengan kilauan emas di Filipina

PENERJUN wanita negara, Wendy Ng berjaya menebus episod duka acara 3 meter papan anjal pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila merangkul emas dalam acara itu pada edisi 2019 di sini, hari ini.

Penerjun negara membuktikan mereka berada di kelas tersendiri apabila Jasmine Lai Pui Yee turut menyumbang pingat perak kepada kontinjen negara.

Wendy mengumpul 298.90 mata manakala Jasmine 241.95 dan pingat gangsa menjadi milik penerjun Vietnam, Ngo Phuong Mai dengan catatan 241.25 mata,

Wendy, 26, sebelum ini menempuh espisod apabila dua pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal individu dan seirama yang dimenangi padaa edisi lalu di Kuala Lumpur, ditarik selepas didapati positif sibutramine serta dikenakan penggantungan lapan bulan.

Untuk rekod, Wendy antara empat penerjun wanita negara yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri. – BERNAMA

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button