Nasional

Keluarga Malaysia harus manfaatkan Bajet 2023

 

Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama” yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara kerana memperuntukkan sebanyak RM372.3 bilion untuk memberi manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan, rakyat tidak pernah mendapat peruntukan seperti mana diumumkan oleh Ahli Parlimen Bera itu sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara.

Rakyat seharusnya melihat pelbagai bentuk bantuan yang akan diberikan adalah semata-mata membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi yang melanda di peringkat global ketika ini.

Hanya BN sahaja dapat menjamin kesejahteraan rakyat di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak tanpa ada pilih kasih atau darjat serta bangsa seseorang itu.

Segala inisiatif tersebut dapat dilaksanakan sekiranya rakyat percaya terhadap kepimpinan Ismail Sabri serta memberi mandat kepada BN pada PRU15 ini untuk terus memerintah pentadbiran negara.

Bajet tersebut akan dibentangkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dibahaskan dan diluluskan jika rakyat memberi mandat kepada BN pada PRU15 pada 19 November ini.

Biarpun dalam tempoh yang singkat namun Perdana Menteri jelas telah membuktikan peruntukan yang diumumkan pada 7 Oktober lalu jelas banyak membela nasib rakyat daripada semua lapisan golongan
masyarakat.

Bajet tersebut jelas membuatkan pembangkang mati langkah kerana ia bukan sekadar manifesto tetapi mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melaksanakannya jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Slogan “Keluarga Malaysia” cukup sinonim bantuan buat semua lapisan masyarakat tanpa mencicirkan sesiapa sahaja sama ada mereka yang tinggal di bandar atau luar bandar.

Golongan seperti B40, M40, pelajar, orang kurang upaya (OKU), wanita, ushawan dan sebagainya dijamin tidak akan tercicir daripada nikmat peruntukan yang akan disalurkan nanti.

Justeru bagi mencapai aspirasi tersebut sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi menyahut Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

Bagi fasa pertama di Pahang sebanyak lapan lokaliti akan dapat dimanfaatkan oleh 178 ketua isi rumah (KIR).

Mereka yang bakal menerima peruntukan tersebut ialah Kampung Bohor Baru dan Perkampungan Orang Asli (KOA) di Kuin, Lengut di Bera; Kampung Kechau Tui (Lipis); Kampung Lada (Jerantut); Kampung Bolok (Temerloh); Kampung Pasir Panjang (Pekan); KOA Chenan Cerah (Cameron Highlands; KOA Langkap Lama (Rompin) dan KOA Tungau, Pos Lenjang (Lipis).

Selain itu, Kerajaan turut menaikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini dan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa mereka.

Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia pula memastikan ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM500.

Tidak dipinggirkan ialah golongan belia bakal menerima kredit e-dompet menerusi inisiatif e-Pemula sebanyak RM200 bagi 2 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

Bagi golongan wanita pula, sebanyak RM235 juta disediakan sebagai dana pembiayaan tersedia khas di bawah Skim Semarak-Nita Bank Simpanan Nasional (BSN), Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat agar lebih ramai wanita menceburi bidang keusahawanan.

Bagi KIR yang berpendapatan di bawah RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM2,500. Ini juga merupakan bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara. – SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button