NasionalpilihanPolitik

“Bersatulah.. saya dah bagitahu berkali-kali.. jika 4 penjuru, pilih BN atau PN,” – Dr. Ridhuan Tee

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sebuah acara demokrasi yang cukup tenat kerana sistem yang dijulang rakyat Malaysia ketika ini membuatkan Melayu semakin berpecah dan terus berpecah.

Profesor di Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah juga berpendapat, perpecahan orang Melayu sudah sampai tahap kemuncak.

Sekiranya perkara ini tidak diatasi, Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang yang cukup besar untuk perbaiki kelemahan 22 bulan pada era yang lalu dan bangkit sebagai ‘kerajaan yang licik’.

Apabila ‘kerajaan yang licik’ menguasai 2/3 suara ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dilaksanakan dan akses kepada aset negara tiada sesiapa boleh pertikaikan.

Sehubungan itu, ketika ditemui Suara Merdeka dalam program Muzakarah Cendekiawan, Pemuka Melayu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Ridhuan Tee merayu agar orang-orang Melayu bersatu dan susun strategi untuk mengukuhkan kedaulatan agama, bangsa dan negara untuk era selepas PRU15.


Tonton video penuh di bawah:

(Visited 235 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button