NasionalpilihanPolitik

Jika menang PRU15, saya hadir semua jemputan dalam Parlimen Setiawangsa – Nurul Fadzilah

Peguam serta aktivitis masyarakat, Nurul Fadzilah Kamaluddin menawarkan jika menang PRU15, beliau atau paling kurang wakilnya akan hadir ke semua jemputan sama ada rasmi atau tidak.

Tawaran itu merupakan satu usaha yang baik kerana bagi Nurul Fadzilah sebelum ini kerana rakyat di Parlimen Setiawangsa mengadu Yang Berhormat (YB) terdahulu sukar untuk ditemui.

Namun untuk memastikan tawaran itu menjadi salah satu realiti khusus buat warga Setiawangsa, perjalanan kempen Nurul Fadzilah suka atau tidak terpaksa berdepan dengan ketidak tentuan cuaca.

“Alhamdulillah.. saya rasa walaupun dalam keadaan begini (hujan tidak menentu), kita tetap teruskan semangat, tetap terus perjalanan, tetap terus maju ke hadapan, kita tak pandang ke belakang.

“Walaupun dalam cuaca begini, keadaan hujan dan keadaan kita tahu musim banjir, memang parti kita tak galakkan dalam musim-musim banjir ini untuk buat pilihanraya.


“Namun demikian, saya dan team masih juga teruskan kempen ini demi menyantuni rakyat semua walaupun kita basah kuyup, kita sanggup jumpa dengan rakyat,” katanya.

Nurul Fadzilah berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka dalam salah satu jelajah kempen beliau bersama pasukannya di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Tonton video untuk temubual penuh:

(Visited 231 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button