MahkamahNasionalNegeri

Suami kantoi berkahwin lagi didakwa pukul isteri

Seorang akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh Melaka  hari ini atas pertuduhan memukul isterinya selepas wanita itu mengetahui dirinya dimadukan.

Tertuduh, Norazlan Md. Ali, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap isterinya, Zaharah Mustapa, 58, kira-kira pukul 5.30 petang di dalam kereta jenis BMW X1 di kawasan lampu isyarat di Bukit Katil, 25 Mac lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha yang turut mencadangkan kepada Mazana jaminan RM10,000 dikenakan ke atas tertuduh.

Norazlan yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana hanya bekerja sebagai akauntan untuk menanggung isteri serta enam anak selain tidak lagi tinggal sebumbung bersama isterinya itu.

Mazana kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 20 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. – SM

BACA Baru nak popular, dah pukul isteri pula

BACA Suami positif dadah pukul isteri guna kayu

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button