Luar NegaraNasional

Jumlah dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia hampir 1 juta

JUMLAH mereka yang dijangkiti virus maut COVID-19 kini berjumlah 934,519 orang di seluruh dunia.

Amerika Syarikat masih lagi negara paling tinggi dijangkiti wabak tersebut iaitu seramai 214,482 orang.
Diikuti Itali (110,574), Sepanyol (104,118), China (81,554), Jerman (77,981), Perancis (56,989), Iran (47,593), United Kingdom (29,474), Swizerland (17,768), Turki (15,679), Belgium (13,964), Belanda (13,614) dan Austria (10,711).

Menurut laman sesawang Worldometer, Amerika Syarikat menyaksikan pertambahan kes baharu paling tinggi dalam tempoh 24 jam iaitu 25,952 kes.

Diikuti Sepanyol (+8,195), Jerman (+6,173), Perancis (+4,861), Itali (+4,782 ), United Kingdom (+4,324), Iran (+2,988), Turki (+2,148 ), Belgium (+1,189), Switzerland (+1,163) dan Belanda (+1,019).

Angka kematian akibat virus maut itu kini berjumlah 47,179 orang.

Itali mencatatkan kematian tertinggi iaitu seramai 13,155 orang, diikuti Sepanyol (9,387), Amerika Syarikat (5,094), Perancis (4,032), China (3,312), Iran (3,036), United Kingdom (2,352) dan Belanda (1,173).

Manakala 193,968 orang pula telah sembuh daripada penyakit tersebut. Penduduk paling ramai sembuh adalah negara China iaitu seramai 76,238 orang.

Diikuti Sepanyol (22,647), Jerman (18,700), Itali (16,847), Iran (15,473), Perancis (10,935) dan Amerika Syarikat (8,878).

Malaysia berada pada kedudukan ke-26 paling ramai dijangkiti iaitu 2,908 orang dengan 45 kematian dan 645 orang telah sembuh.

Di negara ini bilangan pesakit yang sembuh daripada jangkitan COVID-19 semakin meningkat dengan mereka yang telah discaj dari hospital seramai 108 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor HIsham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan mereka yang telah sembuh dan discaj dari hospital adalah seramai 645 orang.

Manakala sebanyak 145 kes baru dilaporkan hari ini dengan jumlah keseluruhan mereka yang positif dijangkiti COVID-19 adalah seramai 2,908 orang.

Baki mereka yang masih menjalani rawatan di hospital adalah seramai 2,218 orang. Pesakit di Unit Rawatan Rapi adalah sebanyak 102 orang dan 66 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu dua kematian akibat jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan meninggal dunia akibat virus maut itu seramai 45 orang di Malaysia.

Kematian ke-44 melibatkan kes ke-193 serorang wanita berusia 80 tahun. Mangsa yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung merupakan kontak rapat kepada kes-115.

Manakala kematian ke-14 melibatkan kes ke-1053. Mangsa yang merupakan seoran lelaki berusia 62 tahun mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau adalah kontak rapat kepada kes ke-486.

Kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Jumlah yang sembuh itu telah meningkat hampir sekali ganda berbanding semalam. -SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button