Nasional

Baru nak popular, dah pukul isteri pula

SUAMI kepada YouTuber masakan yang popular di Perak telah memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran di kawasan meletak kenderaan Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, Perak.

Menurut laporan Harian Metro, sumber memberitahu yang pergaduhan itu berlanjutan sehingga keesokan harinya.

“Lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik kepada isterinya pada keesokan harinya dalam keadaan mabuk.

BACA> Lelaki ditahan selepas samun pemandu Grab

“Bagaimanapun dia tidak dapat bertemu dengan adik isterinya sebelum bertindak memukul isterinya,” katanya.

Menurutnya, pada pukul 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Lelaki itu kini ditahan reman selama tiga hari untuk membatu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

BACA> Cubaan seludup minyak masak, petrol gagal

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” katanya.

(Visited 520 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button