Politik

PRN Sabah: Pas tidak akan korbankan muafakat demi matlamat lebih besar

PAS tidak akan mengorbankan muafakat antara parti itu dengan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional untuk sasaran matlamat yang lebih besar.

Menurutnya, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Senator Nuraidah Mohd. Salleh parti itu tidak akan terpedaya dengan provokasi musuh yang mahukan PAS melatah dalam isu Pilihan Raya Negeri Sabah.

Nuraidah berkata, PAS akan memberi fokus kepada strategi jangka panjang terutama Pilihan Raya Umum ke-15 yang semakin hampir.

Justeru, Pas tidak akan berkonflik terhadap isu tidak diberikan kerusi dalam PRN Sabah.

Jelas beliau, PAS yang sudah menganggotai kabinet Kerajaan Persekutuan serta memerintah di tiga buah negeri harus terus bergerak untuk mengukuhkan kekuatan dan tidak hilang fokus hanya disebabkan isu kerusi di Sabah.

“Tahniah diucapkan kepada kepimpinan PAS Sabah yang pasti telah melakukan yang terbaik dalam rundingan antara parti-parti politik, namun keputusan akhir pada setiap perbincangan perlu dihadapi dengan jiwa besar dan terus melangkah untuk mengatur strategi berikutnya.

“PAS tidak akan mengorbankan muafakat dengan matlamat yang lebih besar hanya semata-mata kerana provokasi musuh yang mahukan PAS melatah dalam isu PRN Sabah. Islam memimpin, wanita sejahtera,” kata Nuraidah

Menurutnya, PAS merupakan parti politik serta gerakan Islam yang mensasarkan kemenangan pilihan raya untuk menyebarkan risalah Islam.

Parti itu juga akan sentiasa bekerja untuk tujuan tersebut sama ada kalah atau tidak bertanding.

Pas ketika ini dipersendakan oleh musuh-musuh politiknya kerana tidak diberikan sebarang kerusi oleh rakan sekutu PN dan BN dalam PRN Sabah yang bermula hari ini.

Semalam, Presidennya Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi laluan kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada PRN Sabah bagi memastikan pertandingan dua penjuru demi kemenangan besar gabungan berkenaan.

Abdul Hadi berkata PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam PRN Sabah selepas usaha rundingan dimuktamadkan.

Pas mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan dalam PN demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik pada masa depan selain mahu memberi fokus pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).-SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button