Nasional

PKPB di Mukim 12 Pulau Pinang

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikuatkuasakan di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang, mulai Jumaat ini hingga 19 November depan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat ekoran 35 kes yang dicatatkan sehingga semalam dan 11 kes baharu yang dilaporkan hari ini

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar di kawasan ini.

“SOP PKPB ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut rujuk laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu sebanyak 364 kompaun dikeluarkan semalam dengan kesalahan tertinggi dicatatakan ialah melibatkan kegagalan memakai pelitup muka.

Lain-lain kesalahan pula melibatkan premis gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (66); gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (58); aktiviti pusat hiburan (42); premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (22) dan lain-lain (58).

“Melalui operasi sama, sebanyak 3,293 pasar raya, manakala 4,369 restoran; kilang (926); pasar awam atau tani (1,550); tempat ibadah (2,828) dan tempat riadah (1,241) telah diperiksa,” jelasnya.

Ismail turut memberi amaran kepada majikan atau syarikat yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB seperti mengadakan mesyuarat kakitangan, boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk kompaun.

“Arahan bekerja dari rumah masih berkuat kuasa dan majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan.

“Jika ia membabitkan jabatan kerajaan, patuh kepada panduan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), dan begitu juga bagi industri berkaitan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Tambahnya, majikan yang ingkar terhadap arahan yang dikeluarkan akan dikenakan tindakan tegas. -SM

(Visited 562 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button