Nasional

Wajib pakai pelitup muka di tempat sesak

Sejak semalam, tular di laman sosial video-video orang ramai yang dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Namun, ada juga yang mempersoalkan perkataan ‘tempat awam’ yang disifatkan membawa maksud terlalu luas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian pelitup muka itu hanya diwajikan di tempat awam yang sesak sahaja.

“Antara tempat awam yang sesak ialah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan pasar raya selain tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang.

BACA> Kluster Sivagangga: 4 mukim di Kedah dikenakan PKPD

“Jika lokasi itu tidak sesak dan boleh mengamalkan penjarakan fizikal, maka tidak diwajibkan memakai pelitup muka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun tidak perlu memakai pelitup muka.

“Dalam laman sesawang MKN, jelas memaklumkan tidak perlu memakai pelitup muka bagi kanak-kanak (berumur dua tahun ke bawah).

“Jika mereka memakai pelitup muka, dikhuatiri lemas ketika tertidur dan adalah lebih baik tidak membawa anak kecil ke tempat awam kerana risiko jangkitan,” katanya.

BACA> Peniaga boleh buat jualan murah tanpa had

Tambahnya, beliau juga mengingatkan supaya orang ramai tidak membawa anak kecil ke luar bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19. -SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button