Nasional

Peniaga boleh buat jualan murah tanpa had

GOLONGAN peniaga dibenarkan untuk menganjurkan jualan murah tanpa had bilangan kuota mengikut kesesuaian dan kemampuan peniaga.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pindaan undang-undang Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan
(Harga Jualan Murah) (Pindaan) 2019 yang telah mula berkuatkuasa pada 2 Januari lalu.

“Pindaan ini bertujuan bagi menambahbaik peruntukan undang-undang berkaitan penganjuran jualan murah untuk mengimbangi keperluan industri termasuk sektor peruncitan serta pada masa yang sama melindungi hak-hak pengguna.

“Pindaan Peraturan ini juga bertujuan bagi menjadikan penguatkuasaan berkaitan jualan murah menjadi lebih relevan mengikut perkembangan perdagangan semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Kerajaan cadang buka lebih banyak pusat kesihatan komuniti – Rina

Sebelum ini Peraturan tersebut menetapkan peniaga hanya dibenarkan memilih sekali sahaja tarikh untuk membuat jualan murah manakala empat lagi ditentukan oleh kerajaan.

Tetapi melalui pindaan ini, peniaga dibenarkan untuk menganjurkan jualan murah tanpa had bilangan kuota mengikut kesesuaian dan kemampuan peniaga.

Menurut Iskandar Halim, nombor notis jualan murah akan diberi secara automatik sebaik sahaja permohonan telah dilengkapkan peniaga di dalam sistem permohonan notis jualan murah secara atas talian.

“Kementerian juga telah bersetuju untuk memendekkan tempoh untuk mengemukakan permohonan jualan murah dari 14 hari kepada sehari sebelum peniaga mengadakan jualan murah.

BACA> Video tidak sopan, wanita Mesir ini dihukum penjara 3 tahun

“Melalui pindaan ini, peniaga tiada lagi alasan untuk tidak memohon notis jualan murah kerana mereka boleh memohon dalam tempoh sehari sebelum tarikh untuk mengadakan jualan murah,” jelasnya. -SM

 

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button