NasionalUncategorized

KPDNHEP rancakkan persekitaran komuniti perniagaan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus melaksanakan penambahbaikan dan pembaharuan bagi merancakkan persekitaran perniagaan untuk manfaat komuniti perniagaan di samping melindungi kepentingan pengguna.

Jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berikutan negara yang bakal mengalami fasa peralihan pandemik ke endemik bermula 1 April 2022, industri francais dan jualan langsung juga akan terus digiatkan sebagai sumber baharu pendapatan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Pengumuman Perdana Menteri berhubung fasa peralihan ini sudah semestinya merancakkan lagi aktiviti harian dan aktiviti perniagaan di samping akan memacu kepada pemulihan ekonomi dan perniagaan secara keseluruhan.

“Menjadi tanggungjawab saya sebagai Menteri KPDNHEP untuk memastikan kementerian sentiasa peka dan bersedia dengan cabaran dan perubahan landskap ekonomi negara” katanya.

Beliau berkata, banjir yang menimpa negara baru-baru ini sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti harian dan kemusnahan harta benda bukan sahaja di Lembah Klang dan Shah Alam malah di seluruh negara.

“Sudah tentu ini merupakan cabaran kepada Keluarga Malaysia dan komuniti perniagaan kerana mereka baru sahaja ingin bangkit memulakan lembaran baru kehidupan selepas terjejas oleh pandemik sepanjang dua tahun ini” katanya.

Justeru KPDNHEP akan terus meningkatkan kemahiran dan kecekapan penguatkuasa terutama apabila berhadapan dengan situasi persekitaran yang semakin mencabar dan sotistikated. – SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button