Nasional

Industri Fesyen sasar jualan lebih RM500,000 melalui Kempen Beli Barang Malaysia

Malaysia Bumiputra Design Association (MBDA) menganjurkan kempen mengangkat industri pereka fesyen tempatan.

Inisiatif selama sebulan ini bertujuan mempromosi dan menyokong produk tempatan iaitu sempena Kempen Beli Barangan Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datin Roszanina, usaha ini sangat memberangsangkan sehingga boleh mencapai jualan terkumpul melebihi RM500,000.

“Saya memuji usaha persatuan seperti MBDA ini yang telah membantu ramai usahawan fesyen dan gaya hidup untuk pasarkan produk mereka di pasaran.

“Bimbingan seperti inilah sebenarnya yang diperlukan oleh usahawan. Ini kerana kita tahu, ramai sebenarnya pereka fesyen di dalam negara namun bukan semua mampu untuk bergelar usahawan.

“Semoga dengan usaha ini ramai lagi usahawan fesyen yang berjaya dapat dilahirkan melalui inisiatif dan usaha yang dilaksanakan oleh MBDA,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada MBA selaku penganjur serta kesemua 20 pereka fesyen tempatan yang sangat berbakat dan usaha keras semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program My Gaya Month.

“Berdasarkan pencapaian yang baik pada tahun sebelum ini, saya difahamkan bahawa pada tahun ini juga program anjuran MBDA sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan.

“Saya dimaklumkan bahawa sasaran nilai jualan bagi program ini adalah sebanyak lebih RM300,000 telah pun melebihi sasaran.

“Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua,” katanya ketika berucap pada majlis penutup di pusat membeli belah Farenheit88.

Katanya lagi, KPDNHEP dan MBDA menjalinkan kerjasama yang baik  dan diharapkan program ini boleh diteruskan dan dikembangkan dalam menjayakan Kempen Beli Barangan Malaysia.

Beliau berkata, program inijuga diharap  dapat membantu memastikan usaha pemulihan ekonomi negara ditingkatkan semula.

Dalam pada itu, program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Presiden MBDARasta Rashid serta pengasas Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia, Bon Zainal Harun. – SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button