Nasional

1,488 penghuni PPR Taman Bagan Jaya, P. Pinang bakal nikmati kemudahan internet percuma

SERAMAI  1,488 orang penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, Pulau Pinang bakal  menikmati kemudahan akses internet percuma selama sembilan bulan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, penyediaan kemudahan jalur lebar ke setiap rumah juga merupakan salah satu bidang fokus KPKT iaitu perancangan perumahan yang lebih komprehensif dan berdaya saing.

“Ia meliputi penyediaan kemudahan akses internet kepada setiap rumah PPR dalam usaha menjadikan perumahan rakyat yang berdaya huni,”  katanya ketika meninjau  penggunaan internet oleh penghuni PPR tersebut.

Kemudahan internet jalur lebar secara Direct Internet Access (DIA) ke setiap rumah PPR di 30 skim PPR ditawarkan melalui inisiatif Jendela@PPR yang telah dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 2022.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited meneruskan program yang menelan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM22 juta ini demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Jendela@PPR merupakan salah satu inisiatif yang menyokong aspirasi Kerajaan ke arah negara yang berpendapatan tinggi berpaksikan pendigitalan melalui MyDigital dan Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR).

Program Jendela@PPR ini melibatkan 30 projek rintis PPR di seluruh negara meliputi 13,218 unit rumah dan memberi manfaat kepada 53,000 isi rumah kumpulan B40.

Ia  melibatkan kerja-kerja pemasangan kabel gentian optik, router dan modem serta perkhidmatan internet berkapasiti 30Mbps di setiap unit rumah.

PR1MA Communications Sdn Bhd (PR1MA Comm) selaku anak syarikat Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif ini sebagai Pembekal Perkhidmatan Jalur Lebar bagi memastikan penghuni PPR tidak dipinggirkan dalam arus kemajuan teknologi pada masa kini.

Sehingga 31 Disember 2022, pelaksanaan kerja-kerja pelaksanaan Program Jendela@PPR di PPR Taman Bagan Jaya yang melibatkan 382 unit rumah dijangka siap 100% sepenuhnya menjelang Mac 2023. – SM

\

(Visited 448 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button