Ekonomi

UMT, SPPP jalin kerjasama wujud sistem pelabuhan berintegrasi, cekap menjelang 2024

UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mewujudkan jalinan kerjasama melalui perjanjian persefahaman (MOU) dalam meningkatkan kecekapan pengurusan pelabuhan sedia ada.

Kerjasama itu melibatkan kerja-kerja rundingan serta libat urus yang dijalankan sekumpulan enam penyelidik di Fakulti Pengajian Maritim, UMT diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nurul Haqimin Mohd Salleh.

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar, kerjasama melibatkan geran bernilai RM178,560.00 menyerlahkan lagi bidang pengajian maritim yang ditawarkan serta kepakaran yang dimiliki institusi itu.

“Sekumpulan pakar penyelidik maritim dari UMT telah dilantik oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, yang diketuali oleh Prof. Madya Ts Dr. Nurul Haqimin bin Mohd Salleh bersama-sama 6 ahli penyelidik lain telah dianugerahkan kontrak penyelidikan yang bertajuk “Kajian Kebolehlaksanaan bagi Pembangunan Sistem Pelabuhan Komuniti Pulau Pinang”  yang bernilai RM178,560.00.

“Ini suatu pengiktirafan kepada penyelidik bukan bidang sains yang melibatkan jumlah geran yang agak besar”.

Tambahnya, rundingan itu juga bertujuan untuk mewujudkan platform baharu bagi mengintegrasikan beberapa aplikasi yang terlibat dalam pengoperasian pelabuhan.

“Kedua-dua belah pihak setelah sepakat untuk mewujudkan sistem perkomputeran digital pelabuhan secara bersepadu yang berasaskan “Single Window” yang bertemakan “Penang Port Community System” (PPCS) yang akan dibangunkan bagi melancarkan urusan \pengendalian sistem data di pelabuhan secara komprehensif dengan sokongan pendigitalan”.

Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) itu telah bermula sejak Oktober 2022 bertujuan untuk mengukur tahap kesesuaian dan kewajaran pembangunan sistem PPCS yang  meliputi pelbagai pemegang taruh untuk Pelabuhan Pulau Pinang secara khusus dan kini telah mencapai kemajuan 80 peratus.

MoU itu dimeterai oleh Naib Canselor UMT dan Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Monaliza Suhaimi bertempat di kampus UMT, Kuala Nerus.

Penyelidikan itu perlu dalam menggerakkan pelabuhan ke arah ‘Single Window’ yang mana segala maklumat berkaitan ketibaan, berlabuh, pelepasan kapal, penumpang dan kargo dihantar secara aplikasi elektronik  berintegrasi berkuatkuasa pada 1 Januari 2024 selaras tuntutan International maritime Organization menerusi pindaan dalam 46 th Facilitation Committee. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button