Politik

Ahli Parlimen PN sertai pemukiman dua hari

SEMUA 74 ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengadakan pemukiman di ibu negara, selama dua hari yang berakhir hari ini.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata pemukiman itu selaras dengan komitmen gabungan parti itu mahu bertindak sebagai pembangkang yang berkesan.

“Pemukiman itu selaras dengan komitmen PN yang menyatakan hasrat untuk bertindak sebagai pembangkang yang kredibel, matang, efektif dan berintegriti tinggi bagi menjuarai suara hati rakyat.

“Pemukiman ini juga turut bertindak sebagai satu pasukan ampuh dalam melaksanakan tugas semak dan imbang kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Yang turut hadir dalam pemukiman itu adalah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi  N, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Wan Saiful memberitahu dalam ucapan aluan pemukiman itu, Muhyiddin menegaskan program berkenaan penting bagi merapatkan silaturahim antara ahli Parlimen PN.

Katanya, Muhyiddin juga mengingatkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen adalah satu amanah daripada rakyat dan harus dipikul dengan sebaik-baiknya.

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button